Pesara Tentera Buat Surau Dengan 12 Ribu Batu Sungai Tarik Perhatian

Posted on

Cara berdakwah ini pelbagai dan ia tidak hanya melalui lisan sahaja. Bukan sekadar itu, masing-masing mempunyai cara dan gaya tersendiri demi memberi sumbangan dakwah dan amal di jalan Allah SWT.
Bagi seorang pesara tentera, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengajak dan menarik minat orang ramai mendirikan solat lima waktu.

Tidak berkira soal wang ringgit, kudrat dan tenaga, Mejar (B) Mustafa Musa, 58, telah mendirikan sebuah surau unik dengan menggunakan 12 ribu batu sungai yang dikutipnya sendiri.

Surau unik yang dibina menggunakan 12 ribu batu sungai.

Katanya, surau yang didirikan atas tanahnya itu menelan kos sebanyak RM25 ribu, dibina dengan titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan.

Pemilihan menggunakan batu sungai sebagai dinding surau pula adalah untuk menjadikannya unik selain dapat menarik minat orang ramai singgah menunaikan solat di surau tersebut.

Surau ini dibina Mustafa hasil titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan.
Ujarnya lagi, surau tersebut diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, sempena batu yang digunakan membina surau tersebut dikutip dari Bukit Kachi, Sintok, Kedah.

“Jika masuk ke dalam kita rasa sejuk dan damai namun buat masa ini saya sedang menambah baik surau ini dengan menyediakan bekalan elektrik untuk kemudahan jika bersolat Maghrib dan Isyak.

“Surau ini juga mampu memuatkan 85 orang dan kebanyakannya yang singgah bersolat ini pekebun dan penoreh dan saya juga tidak lokek dengan ilmu Allah ini jika ada yang ingin belajar membina mengguna batu sungai ini,” katanya.
– MHE TV

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.