Petua Menghilangkan Cirit Birit (diarea)| Menurut Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim dalam majalah Dewan Kosmik keluaran Januari 2000, masalah cirit birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat.
Kandungan
Hilangkan Cirit Birit (diarea)
Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.
Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus.
Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.
PETUA MENGHILANGKAN CIRIT BIRIT
Berikut adalah petua dan rawatan yang biasa dilakukan apabila berlakunya cirit-birit kepada mangsa;
1. ORAL REHYDRATION SALT (ORS)
Menurut laman myhealth.gov.my, Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.
Untuk menyediakannya, ia amat mudah. ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.
2. PIL CHI KIT TECK AUN
BACA: Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40, Usahawan & Orang Asli
Mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa dua jam.
3. DAUN TEH
Rendam beberapa sudu daun teh ke dalam segelas air panas tanpa gula sehingga daun teh kembang. Minum air tersebut beberapa kali sehari sehingga sembuh.
4. PUCUK DAUN JAMBU BATU
Makan beberapa helai pucuk daun Jambu Batu.
Hilangkan Cirit Birit (diarea)
5. CIKU MUDA
Ambil beberapa biji buah Ciku muda dan rebus. Minum air rebusan tersebut.
6. AIR TEPUNG GANDUM
Minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum.
7. KENTANG
Hilangkan Cirit Birit (diarea)
Makan kentang tanpa ditambah perisa dan garam selepas direbus empuk.
Selamat mencuba!