Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mensyuarat tergempar malam ini susulan perlantikan Tan Sri Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana PH percaya bahawa mereka masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan jumlah kerusi yang mencukupi.
Memetik sumber, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tergempar malam ini (Sabtu) diadakan bagi mengumpulkan bukti sokongan yang cukup dari ahli Dewan Rakyat sebelum mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Angka sokongan katanya akan dibuktikan melalui akuan bersumpah (SD).
PH turut mendakwa mempunyai sekitar 112 undi sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen, setakat jam 4 petang hari ini.
Selepas itu, Tun Dr Mahathir pula akan membuat sidang media berhubung perkara tersebut.
Sumber: Astro Awani