PKPB Akan Tamat 12 Mei Atau Dilanjutkan?

Posted on

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan kes COVID-19 setakat hari ini atau esok iaitu 9 Mei, sebelum mengemukakan sebarang percaturan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa penentuan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar ditamatkan pada 12 Mei atau disambung bakal bergantung kepada beberapa faktor.

Katanya, ia merangkumi kes harian COVID-19 yang dicatatkan dalam negara dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes.

“Jadi, kita akan terus pantau kes setiap hari, tetapi dalam 8 Mei atau 9 Mei ini, kalau kita boleh lihat satu pola, nasihat akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk ambil tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang media harian COVID-19, semalam.

Dr. Noor Hisham berkata, Malaysia belum lagi merancang untuk melaksanakan exit strategy dalam mengawal penularan wabak COVID-19 walaupun jumlah kes positif sudah menunjukkan trend penurunan kepada dua angka.

Meneliti perkembangan semasa pula, Dr. Noor Hisham menaruh keyakinan bahawa kes COVID-19 dapat dikurangkan dan dikawal sebaik mungkin dalam tempoh seminggu lagi, iaitu menjelang akhir fasa PKPB pada 12 Mei ini.

“KKM akan terus memantau trend perkembangan COVID-19 termasuk kluster baharu sehingga PKPB dijadual berakhir 12 Mei ini.

“Pemantauan perlu dilakukan kerana wujud kluster baharu yang membabitkan pekerja warga asing yang berkhidmat di sektor pembinaan dan aktiviti jualan di pasar borong.

“Bagaimanapun kita sudah kenal pasti mereka yang berada dalam kluster ini dan saringan giat dijalankan bagi mengasingkan mereka dan diberikan rawatan susulan,” jelasnya.

Dalam pada itu, seluruh team Suara Viral ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19.

Join Telegram

One thought on “PKPB Akan Tamat 12 Mei Atau Dilanjutkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.