Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia, Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020.
Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri seperti SOP sebelum ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 pic.twitter.com/RzCMBNA0iC
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) November 7, 2020
Sumber: Sidang Media MKN