PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan, Pahang & Perlis Bermula 9 November

Posted on

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia, Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020.

Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri seperti SOP sebelum ini.

Sumber: Sidang Media MKN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.