PKPB Kelantan : Negeri Kelantan mungkin sambung PKPB jika kes masih tinggi

Posted on

Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan disambung sekiranya kes di negeri itu masih meningkat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut akan ditentukan berpandukan tempoh masa dua minggu sejak PKPB dimulakan.

“Ada kenyataan daripada pakar yang mengatakan kemungkinan jangkitan Covid-19 di Kelantan menjadi seperti Sabah memandangkan sifat penduduk negeri ini yang suka bersosial.

“Jadi, kita meminta penduduk Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

“Kita juga berharap pelaksanaan PKPB ini mampu menurunkan kes dengan mengehadkan perjalanan bagi mengelak berlaku penularan seperti di Sabah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bagi memastikan pandemik tersebut dapat diputuskan secepat mungkin.

Mohd Amar berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan langkah lebih drastik diambil berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam dua minggu pelaksanaan PKPB.

“Agak sukar sekarang kerana mereka yang positif tidak mengalami sebarang gejala menyebabkan pergerakan mereka tidak terkawal,” katanya.

sumber : sinar harian

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.