Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dibenarkan namun perlu mendapatkan kelulusan dari pihak polis.
#PKPB: MKN benarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah - @IsmailSabri60 #JagaJarak#DisplinDiri#COVID19#KomunikasiKita#KitaJagaKita#KitaTeguhKitaMenang#akadnikah pic.twitter.com/OPpFzWczAM
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 2, 2020
“Mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan untuk akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak PDRM.
“SOP sama iaitu tidak boleh lebih dari 20 orang di dalam majlis, penjarakan sosial, tanpa bersalaman dan sebagainya seperti SOP yang lain,” katanya.
TERKINI :
Kerajaan hari ini buat keputusan beri kebenaran kepada pasangan untuk urusan akad nikad lakukan perjalanan rentas negeri.Permohonan perlu dibuat kepada polis.
Namun perlu patuhi SOP seperti penjarakan sosial, tidak lebih 20 orang: @IsmailSabri60 -Menteri Kanan
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) June 2, 2020
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jurufoto dibenarkan untuk mengambil gambar pengantin.
“Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto mengambil gambar pengantin di tempat terbuka mengikut SOP,” katanya.
Sumber: BERNAMA TV