PKPB: MKN Benarkan Rentas Negeri Bagi Tujuan Akad Nikah

Posted on

Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dibenarkan namun perlu mendapatkan kelulusan dari pihak polis.

“Mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan untuk akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak PDRM.

“SOP sama iaitu tidak boleh lebih dari 20 orang di dalam majlis, penjarakan sosial, tanpa bersalaman dan sebagainya seperti SOP yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jurufoto dibenarkan untuk mengambil gambar pengantin.

“Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto mengambil gambar pengantin di tempat terbuka mengikut SOP,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.