PKPB: Waktu operasi pasar harian 6 pagi hingga 4 petang

Posted on

Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan, terdapat ralat mengenai waktu operasi pasar harian yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) petang semalam.

Menerusi satu kenyataan unit tersebut memaklumkan, waktu operasi baharu bagi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.

Semalam, menerusi sidang akhbar perkembangan PKPP, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan operasi pasar harian bermula 10 pagi sehingga 4 petang berkuat kuasa hari ini.

Ia akan diawasi pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dipatuhi. – Bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.