Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang disasarkan di Kelantan hanya akan dilaksana berpandukan data Covid-19 dari semasa ke semasa, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Bagaimanapun, beliau berkata, JKNK seboleh-bolehnya tidak mahu melaksanakan PKPD kerana akan memberi banyak implikasi terutama dari segi ekonomi.
BACA: GPK 3.0: Cara Mohon Bantuan Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana 2021
“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu PKPD dilaksanakan kerana bakal menimbulkan banyak kerisauan. Apa yang penting sekali apakah masyarakat boleh mendisiplinkan diri dan mematuhinya (prosedur operasi standard (SOP)). Namun sekiranya terpaksa, PKPD perlu dilaksanakan.
“Saya yakin penguatkuasaan adalah antara cara mendisiplinkan masyarakat bagi mematuhi SOP. Ini adalah norma baharu yang perlu kita amalkan,” katanya selepas sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.