Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media sebentar tadi.
Menurut beliau, ini bagi memastikan semua pihak kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan virus ini menular secara aktif di seluruh dunia.
Hari ini, negara mencatat 10 kes positif baharu Covid-19 dan dua kes daripadanya adalah kes penularatan tempatan. Manakala, selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Sesungguhnya, kita masih belum menang dalam perang melawan virus ini, di peringkat global lebih 20 juta kes dicatatkan sehingga hari ini dan lebih 700 ribu kematian direkodkan.
Sumber: Sidang Media Khas PM
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.