Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi diskaun 50 peratus jika membuat bayaran saman secara online. Tawaran potongan bayaran saman itu hanya sah jika dibuat secara dalam talian dan tiada diskaun jika dibayar melalui kanter PDRM.
Menerusi satu kenyataan media yang dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Dato’ Azisman bin Alias mengenai pembukaan perkhidmatan kaunter bayaran saman dan pembekalan dokumen kemalangan serta tawaran diskaun 50% bagi bayaran saman secara dalam talian.
Kaunter-kaunter berkenaan akan kembali beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan dan dibahagikan mengikut kontinjen negeri.
Beliau menyeru orang ramai yang ingin dan tampil berurusan di kaunter berkenaan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pihak beliau memahami dengan keadaan semasa dan persiapan perayaan. Oleh itu, beliau memberi diskaun 50 peratus secara atas talian.
Polis beri diskaun bayaran saman 50 peratus jika buat bayaran secara online mulai 18 Mei hingga 21 Mei - Bukit Aman pic.twitter.com/eYvZXMudUw
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 15, 2020
Sumber: Bernama, PDRM