Seorang lelaki mendakwa kerugian sebanyak RM 2.5 juta selepas diperdaya seroang lelaki yang menyamar sebagai pos laju, baru-baru ini.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, mangsa telah menggunakan ‘perkhidmatan’ tersebut dengan menghantar bungkusan ke Sabah yang mengandungi salinan kad pengenalan, kad ATM dan buku cek.
Bungkusan tersebut kononnya telah ditahan oleh pihak Polis untuk siasatan. Mangsa kemudian diminta memasukkan wang ke 2 akaun bank yang dipercayai milik ‘keldai akaun’.
Walaupun modus operandi seperti ini dilihat tidak logik namun masih ada lagi masyarakat yang terpedaya dengan sindiket tipu panggilan ini.
Susulan daripada itu, Ketua Penolong Pengarah JSJK, ACP Azman bin Mohd Isa telah menasihatkan orang ramai agar jangan menjawab atau melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali Selaini tu, meletakkan dengan segera jika berasa curiga dan semak dengan pihak berkaitan.
Sumber: JSJK