Ramai sudah tahu bahawa Vanessa Angel dicekup polis ketika berada di ranjang sebuah hotel mewah baru-baru ini.
Bersama Vanessa ialah seorang lelaki yang disyaki pelanggan yang mendapatkan khidmat memuaskan naf su yang membuat pesanan secara dalam talian.
Namun tidak banyak maklumat didedahkan siapa lelaki terbabit.
Menurut Tempo lelaki itu ialah seorang ahli perniagaan yang berusia 45 tahun dan daripada keturunan Cina. Namun identitinya hanya didedahkan sebagai R.
Memetik kenyataan pegawai polis Jawa Timur portal itu menyatakan R menjalankan perniagaan jual beli pasir.
“Banyak pusat operasinya, malah ada di Lumajang (Jawa Timur) dan selalu berulang-alik antara Surabaya dan Jakarta.
“Dia memiliki kad pengenalan Jakarta dan masih bujang,” kata Harissandi semalam.
Tak mahu komen
Bagaimanapun pegawai polis terbabit menafikan R ialah watak ciptaan polis, atau pegawai keselamatan yang ditugaskan menyamar bagi memerangkap aktres jelita berkenaan.
Alasan Harissandi, bayarah Rp80 juta (RM23,270) yang perlu dibayar untuk mendapatkan khidmat Vanessa terlalu besar buat seorang anggota polis.
“Wang itu terlalu besar, dari mana nak dapat?
“Kalau pun saya ada wang sebanyak itu, kena fikir dulu nak digunakan untuk itu,” katanya lagi.
Menurut Harissandi lagi siasatan polis mendapati R hanya baru sekali melanggan artis, tapi itu pun tidak kesampaian kerana aktiviti terbabit tergendala apabila bilik mereka diserbu polis empat hari lalu.
Untuk rekod operasi polis membongkar kegiatan pelacuran dalam kalangan selebriti Indonesia bukanlah baru.
Sebelum ini beberapa nama turut dikaitkan dengan aktiviti itu – yang biasanya melibatkan urus niaga secara dalam talian – seperti Nikita Mirzani dan Puty Regita.
Vanessa, 27, ialah artis yang dikenali sebagai pelakon, penyanyi serta model.
Baca Bapa ayam tunggu masa nak dedah rahsia artis
Dia muncul dalam beberapa sinetron seperti 3 Semprul Mengejar Surga 2 pada 2014 dan Nadin (2017).
Harissandi berkata R bukanlah satu-satunya ahli perniagaan yang pernah berdampingan dengan Vanessa.
Sebelum ini pun katanya aktres terbabit pernah berpacaran dengan beberapa tokoh perniagaan. Namun Harissandi enggan memberi komen terhadap pertanyaan mengenai kemungkinan ada pegawai kerajaan Indonesia pernah melanggan Vanessa.
“Tunggulah, siasatan masih dijalankan,” katanya.
sumber : malaysiakini