Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Posted on

Umum mengetahui penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan di beberapa negara, malah ada yang melaksanakan perintah ‘lockdown’ selama sebulan termasuklah negara Filipina. Bagaimanapun, masih ada rakyat negara tersebut tidak ambil serius dengan perintah kerajaan itu.

Susulan itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengeluarkan arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah ‘lockdown’ di negara tersebut.

“Jangan membahayakan pekerja perubatan, para doktor kerana itu adalah kesalahan yang serius. Perintah saya kepada polis dan tentera, jika ada yang membuat masalah, dan hidup mereka [pegawai polis dan tentera] berada dalam bahaya tembak mati mereka!,” katanya kepada pemberita.

Arahan itu dibuat selepas masyarakat di beberapa buah daerah di Kota Quezon Manila telah melakukan demontrasi di sepanjang jalan raya disana.

Difahamkan demonstrasi itu diadakan berikutan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat kerana tidak menerima bantuan makanan sejak perintah ‘lockdown’ dikuaskuasakan lebih dua minggu lalu.

Menurut laporan Al-Jazeera, pihak polis sudah pun menasihati rakyat untuk pulang ke rumah masing-masing namun mereka enggan berbuat demikian sehingga membuatkan polis menggunakan kekerasan dan telah menahan seramai 20 orang.

Jocy Lopez, 47, yang memimpin demonstrasi tersebut mengatakan mereka terpaksa melakukan protes dan itu adalah jalan terakhir yang ada kerana mereka tiada makanan sejak perintah ‘lockdown’ dilaksanakan.

“Kami di sini mahu meminta bantuan kerana lapar. Kami masih belum diberi makanan, beras, bahan atau wang tunai. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kepada siapa kami perlu mengadu,” katanya sebelum ditangkap.

Susulan penangkapan tersebut, para aktivis kemanusiaan mengecam tindakan itu serta mendesak pihak kerajaan supaya mempercepatkan bantuan kewangan yang dijanjikan di bawah program perlindungan sosial bernilai 200 bilion peso (RM 17 bilion) bagi membantu rakyat yang miskin dan kehilangan pekerjaan disana.

Setakat ini, Filipina telah mencatatkan sebanyak 2,311 kes COVID-19 dengan 96 orang di antaranya telah meninggal dunia.

Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.

GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.

Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.