Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberitahu doktor merawat bapanya yang dikenali sejak 16 tahun lalu, Prof Alan C Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford banyak kali menitiskan air mata sejak pemergian Mursyidul Am Pas itu.
Menurutnya lagi, Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik cemas dan getir mereka di sana.Dia tidak pinggirkan kami. Malah pakar-pakar lain yang merawat Baba memuliakan Baba.
“ Rakaman penghargaan untuk semua yang merawat dan terlibat dalam ikhtiar rawatan Baba terutama Prof Alan C Yeung dan Dr Joe Hsu dari Pusat Perubatan Universiti Stanford.
“ Tidak dilupakan seluruh jemaah Pakar Kardiologi di IJN (Institut Jantung Negara) serta jururawat-jururawat terutama Datuk Amin, Tan Sri Rob, Dr Yap dan Dr Rima,” katanya.
“ Oh ya nak beritahu Baba…Dr Alan Yeung setiap hari tanya khabar kami. Semalam dia hantar pesanan, minta izin nak ziarah Baba. Dia minta nombor telefon dan alamat e-mel kami, tidak mahu putus hubungan katanya dan berharap pertalian kekal bertanya khabar.
Dr Alan sifatkan Allahyarham sebagai pesakit beliau yang paling baik
Dr. Huda Haron berkata, Dr Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan.
“ Dia kata, Baba pesakitnya yang paling baik dan paling gigih dalam apa jua keadaan. 16 tahun dia kenal Baba dan rapat kita dah macam keluarga. Banyak kali matanya bergenang dan menitiskan manik-manik jernih. Dia menangis Baa…banyak kali,” ceritanya melalui satu perkongsian di Facebook.
Allahyarham mening gal dunia kira-kira jam 10.05 pagi Jumaat lalu pada usia 76 tahun di California akibat komplikasi jantung yang kritikal dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara.
Dalam perkongsian lain di Facebook, Dr Huda seolah-olah berbicara dengan Allahyarham tentang ibunya, Datin Khatijah Salleh.
“ Baba jangan risau, kami lima beradik bersama anak menantu berjanji sepenuh hati akan menjaga kebajikan mama seperti yang Baba pernah perlihatkan kepada kami. Mama sangat kuat dan tabah Baa…Lebih kuat daripada yang kami sangka, lebih kuat daripada kami berlima.
“ Mama yang mendakap dalam pelukan hangatnya menyabarkan kami. Mama yang mengingatkan kami berkali-kali tika terasa ingin meraung dan melalak seperti tiada iman. Tenang raut wajah mama memberi kami kekuatan menggagahi saat paling kemuncak,” katanya” Kredit:-SinarHarian
Seorang individu lain kongsi kisah Al Marhum
” Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah Dr. Har0n Din setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..
” Setelah beliau pergi menziarahi keluarga Al Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Har0n Din menceritakan …
” Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. Har0n Din tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi.. kadang 1 pagi.. dan Dr. Har0n Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr.Harun menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..
” Dr. Har0n Din…Orangnya sentiasa dengan alQuran.. Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali Isterinya datang ke biliknya… Dr. Har0n Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. orangnya sangat menjaga dan mengeratkan silaturrahim.. dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke Patani…. sangat menjaga Mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain…
Bina 10 masjid, infak RM5 juta
” Beliau membina 10 buah masjid.. di kemboja dan lain2 lagi..
” Beliau menginfaq RM 5 Juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN
” Waktu ke Amerika, tiket dibeli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya Almarhum Dr. Har0n Din berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak. Anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab jamak, rupa-rupanya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya.
” Ketika Doktor mencabut mask oxigen (maaf tak tahu istilah) kebiasaannya orang lain akan tercungap-cungap mencari pernafasan. Dengan dada turun naik tetapi Dr. Har0n Din ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.
” Malah nurse di situ juga mengakui Dr. Haron ni, hanya tenang dan menyebut Allah…Allah..Allah.. kemudian mengucap. Semua Doktor yang ada di situ menangis kerana belum jumpa orang seperti Dr. Har0n Din.
” Kata Guru saya lagi Dr.Haron Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam. Ibunya meninggal ketika sujud pada 17 Ramadan.
” Semua kitab-kitab /BUKU -Bukh Dr. Haron Din diinfakkan ke Universiti Islam Malaysia….
” Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr.Haron Din..
” Terasa kerdil diri ini…..dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose
Sumber : beritahariani dan FB Tazkirah santapan rohani