Apa maksud tersirat disebalik ulasan Syahmi Sazli dalam hantaran terbarunya di facebook?
Kandungan
DEMAM PILIHANRAYA
Sebagaimana kita tahu, demam pilihanraya sudah bermula apabila proses penamaan calon telah selesai di seluruh negara pada 5 November 2022. Maka, bermula lah tempoh berkempen bagi semua calon-calon yang menempatkan diri terutamanya dalam 222 bahagian parlimen.
Pilihanraya kali ini agak rancak memandangkan ia penentu kepada parti mana yang akan mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia yang tercinta. Meskipun ramai membantah kerana diadakan pada musim tengkujuh, namun kemeriahan tetap dirasai walaupun tidak sehangat PRU14 yang lalu.
BACA: Video Kucing Bersantai “Enjoy” Rawatan Spa Buat Netizen “Jealous”
Jadi, sosek sosek dalam kalangan warga Malaysia ini semuanya berkisar tentang pilihanraya. Baik orang bandar, golongan bangsawan, orang kampung, orang di hulu , orang di hilir ; semuanya tak lari dari membahas dan membahan tentang politik.
Ada yang memuji, ada yang mengeji, ada yang berkempem dan macam-macam lagi. Itu semua adalah sebahagian, kemeriahan “raya” yang datang 5 tahun sekali ini. Pendek kata, fokus orang ramai, tertumpu kepada politik .
Tak terlepas juga tentang penglibatan artis-artis dalam parti politik tanah air.
ARTIS & POLITIK
Contohnya Afdhlin Shauki, Altimet, Adi Putra, Hans Isaac dan ramai lagi yang bukan sekadar meminati parti politik tertentu, bahkan menyertai dan aktif dalam kegiatan parti politik yang menjadi pilihan mereka. Kalau dulu, kita pernah mempunyai seorang Ahli Dewan Negara dari kalangan artis, iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin; maka kesimpulannya, penglibatan artis dalam politik di Malaysia ini bukan suatu yang baru.
Kalau nak dikira, ramai lagi artis yang pernah terlibat dengan parti politik. Cuma sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh.
Cuma sehari dua ini, fokus saya tertumpu kepada seorang anak muda berjaya yang juga pengarah filem pendek iaitu Syahmi Sazli. Ekoran hantaran di facebook miliknya tentang politik. Kenapa fokus saya tertumpu di situ?
Kerana ada beberapa perkara dan point menarik saya lihat dalam ‘mesej’ yang hendak disampaikan.
ULASAN SYAHMI Sazli TENTANG POLITIK & PRU15
Mungkin persepsi dalam dada saya ini salah, dan mungkin juga betul. Namun saya tidak bertujuan untuk meluahkan apa perspektif dan ulasan saya tentang maksud terirat yang Syahmi nak sampaikan di dalam hantaran facebooknya. Cuma korang semua mungkin boleh menafsirkan atau mengulas dalam dada masing-masing.
JANGAN TAKSUB
Hantaran FB Syahmi bermula dengan ayat ini :
“Ambo bkn ore politik.. Ambo jgk tidak fanatik atau taksub dgn mana-mana parti politik. Tapi ambo rakyat Malaysia, perlu tahu sedikit sebanyak soal politik. Sbg rakyat yg mahukan kebaikan buat negaranya, ambo wajib turun mengundi dan undi parti yg ambo rasa mampu mengubah dan memperbaiki keadaan negara berdasarkan pandangan/penilaian ambo sdiri.”
Komen saya: Cuma apa yang saya simpulkan bahawa, pemikiran matang dan bertamadun yang Syahmi cuma sampaikan. Ya. Itulah sepatutnya sikap kita sebagai anak muda dan warga yang menuju negara Madani dan Maju. Jangan kita dikuasai dogma dan dakyah parti politik. Bahasa mudahnya jangan ‘Taksub” atau “Totok”. Sama ada parti A atau parti B atau parti C atau parti D. Jangan !
Selain itu, mengenai tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih dalam PRU.
PILIH GABUNGAN PARTI YANG TEPAT
Antara hantarannya berbunyi
“…Dan setiap gabungan pula ada agamawan yg sertai, ramai atau sedikit agamawan itu tidak menjadi ukuran yg gabungan itu mampu urus tadbir negara dgn baik…”
Komen saya : Ini saya sangat bersetuju. Sejak saya di kampus lagi saya berpendirian sebegini. Kita tak bermaksud menolak agamawan yang ramai. Tapi sebagaimana tuntutan al Quran, pemimpin itu dipilih berdasarkan Qowiy (Perform) & Amin (Honest) ; bukan sekadar dia pakai kopiah, serban tapi tak mampu nak deliver the task.
Antara ayatnya yang menarik diri saya
“…Islam bagaimana yg mereka utamakan? Adakah Islam yg subur, jujur dan adil kepada semua agama, kaum dan masyarakat? Kalau ya, maka undi mereka…”
Komen saya : Di sini jelas bahawa , Islam itu Rahmat Untuk Semua. Membawa keadilan tanpa mengira kaum, beza suku, budaya, berbeza agama, makhluk dan lain-lain lagi. Maka sentimen perkauman, perlu ditolak.
PILIH BERDASARKAN CALON PERDANA MENTERI
Cuma saya dan rakan-rakan sedikit rasa teruja dan curious bilamana ada beberapa ayat Syahmi berbunyi,
“…Kaedah yg kedua pula, ambo tengok calon-calon PM. Antara beberapa calon, ambo tengok rekod kejayaannya sebelum ni, yg paling kuat pengaruhnya dgn negara-negara luar dan apa manfaat yg negara akan dapat bila dia jadi PM…”
Komen saya : Pilih parti berdasarkan kekuatan dan karisma calon PM yang ditawarkan parti tersebut. Antara kriteria yang dia sampaikan ialah, PM mesti mempunyai basic material as PM ; iaitu track record, hubungan baik dengan pihak antarabangsa, dan manfaat kepada tanah air kita.
Di balik ayat itu, saya menyangka bahawa, mungkin…mungkin sikapnya seakan seperti sikap saya. Tapi itu hanya sekadar telahan saya ; mungkin benar atau mungkin salah. Seolah Syahmi cuba menyampaikan sesuatu tentang siapa bakal PM yang dia cenderung…Komen korang?
Apapun,nak details korang semua boleh baca hantarannya di sini
Semoga tulisan ini bermanfaat
kiriman : Perantau Kelantan di Rawang