Kemurungan yang melanda jiwa seseorang bukanlah sesuatu yang baharu dalam norma masyarakat hari ini.
Telah banyak kisah yang dilaporkan dalam media, individu yang mengalami kemurungan teruk hidupnya berakhir dengan kematian.
Secara umumnya, ramai yang beranggapan bahawa kemurungan yang melanda diri adalah disebabkan berpunca daripada masalah dalaman mahupun faktor sekeliling.
Namun, barangkali ramai yang tidak tahu sebenarnya faktor pemakanan juga boleh mempengaruhi kemurungan.
Ikuti penjelasan daripada psikologis klinikal, Akif Basri menerusi perkongsian di bawah ini.
..
Sebelum itu, perlu ditekankan:
Kemurungan ialah kecelaruan mental yang kompleks.
Biasanya, ada pelbagai gabungan faktor berisiko yang membawa kepada kemurungan, bukan hanya satu. Antaranya:
- Genetik
- Pengalaman zaman kanak2 yang pahit
- Stress yang berpanjangan
Persoalannya, pemakanan kita bagaimana?
Ada tak jenis pemakanan tertentu yang berkait dengan kemurungan dan suicide?
Ini ada beberapa fakta menarik berkaitan persoalan ini.
1. Mereka yang hanya makan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan (plant-based diets) menunjukkan kurang emosi negatif berbanding mereka yang makan daging (3).
Antara kemungkinannya ialah, dalam haiwan ada kompaun ‘arachinodic acid’ yang boleh ganggu kesihatan mental.
2. Memang ada kajian yang menunjukkan orang yang ada ‘arachinodic acid’ yang tinggi dalam darah mereka mempunyai risiko kemurungan dan bunuh diri yang lebih tinggi (4).
Arachinodic acid ini boleh didapati dalam ayam, telur, daging lembu, babi, dan ikan.
Ada pengkaji yang menyimpulkan: “Mungkin mengurangkan pemakanan daging boleh bantu kawal mood, khususnya bagi mereka yang berisiko kepada kecelaruan afektif (seperti kemurungan)” (5)
3. Banyakkan makan sayur dan buah.
Pemakanan sayur yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 62% (6).
“Makan banyak buah dan sayur ialah terapi yang tidak mahal & natural” – Jurnal Nutritional Neuroscience
4. Hidu rempah safron.
Safron ialah rempah ratus yang sangat berharga, mahal dan terkenal, yang didapati daripada bunga crocus. Kajian menunjukkan tahap anxiety yang menurun dalam kalangan wanita yang menghidu rempah safron (7).
5. Elok minum kopi, tetapi jangan terlalu banyak.
Mereka yang minum kopi 2-6 cawan sehari menunjukkan risiko suicide yang kurang berbanding mereka yang tak minum kopi langsung (8).
Tetapi, mereka yang minum lebih 8 cawan sehari menunjukkan risiko suicide yang lebih tinggi (9).
6. Apa yang anda letak dalam kopi?
Kopi bukan sebarang kopi. Apa yang anda letak dalam kopi itu pun mempengaruhi mood.
Gula & ‘artificial sweeteener’ yang terlalu banyak dalam kopi boleh mengurangkan kesan positif kopi dan meningkatkan risiko kemurungan (10).
7. Minuman berkarbonat membahayakan.
Ini kerana dalam minuman ini adanya ‘artificial sweeteener’ yang bernama Aspartame.
Mereka yang mengambil aspartame dalam kadar yang tinggi menunjukkan lebih tinggi tahap kemurungan, kemarahan dan prestasi rendah dalam ujian kognitif (11).
Secara kesimpulannya:
Kandungan
- 1 1. Diet kita boleh mempengaruhi kesihatan mental.
- 2 2. Makan makanan yang sihat dan seimbang
- 3 3. Bagi mereka yang ada/berisiko kemurungan:
- 4 – Kurangkan makan daging
- 5 – Elakkan minum minuman berkarbonat
- 6 – Elakkan terlalu banyak minum kopi yang terlalu manis
- 7 – Banyakkan makan sayur dan buah
- 8 – Digalakkan makan “plant-based diet”
- 9 – Digalakkan menghidu saffron (kalau suka)
1. Diet kita boleh mempengaruhi kesihatan mental.
2. Makan makanan yang sihat dan seimbang
3. Bagi mereka yang ada/berisiko kemurungan:
– Kurangkan makan daging
– Elakkan minum minuman berkarbonat
– Elakkan terlalu banyak minum kopi yang terlalu manis
– Banyakkan makan sayur dan buah
– Digalakkan makan “plant-based diet”
– Digalakkan menghidu saffron (kalau suka)
Rujukan:
1) http://iku.gov.my/nhms-2019
2) https://who.int/news-room/detail/09-09-2019-suicide-one-person-dies-every-40-seconds…
3) https://nutritionj.biomedcentral.com/articles/10.1186/1475-2891-9-26…
4) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23726775/
5) https://researchgate.net/publication/221831879_Restriction_of_meat_fish_and_poultry_in_omnivores_improves_mood_A_pilot_randomized_controlled_trial
6) https://cambridge.org/core/journals/public-health-nutrition/article/frequent-consumption-of-vegetables-predicts-lower-risk-of-depression-in-older-taiwanese-results-of-a-prospective-populationbased-study/D5DB8C8A3D7B5194C160001262CA1AD2…
7) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21242071/
8) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23819683/
9) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11297219/
10) https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24743309/
11) https://ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5617129/