PU Abu Impikan Meninggal Dunia Di Madinah

Posted on

Kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah, pendakwah sensasi Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan meluahkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci.

Menurut PU Abu, dia mengakui tidak berkemampuan untuk ke Mekah namun dia sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menunaikan umrah beberapa kali dan menjadi tetamu Allah.

Dalam pada itu, PU Abu turut menyimpan impian untuk menghebuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah dan tidak pernah putus berdoa agar nyawanya di tarik ketika berada di sana.

PU Abu turut memberikan kata semangat kepada mereka yang ingin menunaikan Umrah supaya tidak berhenti berdoa dan pasti Allah akan tunjukkan jalan kepada hambanya.

“Kalau teringin sangat nak pergi Umrah,hari-hari jangan putus doa sebab orang yang berkehendak dengan kehendak yang sungguh-sungguh pasti Allah tunjuk jalan. Aku dah pun menjejakkan kaki ke sini.

“Next impian aku adalah nak mati di bumi Madinah. Jadi aku tak boleh putus doa untuk Allah tarik nyawa aku di bumi madinah. Tolong doakan juga ya. Moga Allah pilih korang juga untuk jadi tetamu dia,” tulisnya.

PU Abu dan jemaah lain berangkat ke Tanah Suci pada Selasa lalu. Bagaimanapun, isterinya, Hana Azraa tidak mengikuti jemaah umrah kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.