PU Syed Gelar BTS Syaitan Yang Menyesatkan

Posted on

“Kita Negara Islam, Boleh Jemput Pula Setan Ni Datang”

Kedatangan kumpulan Kpop terkenal, BTS terus menjadi perdebatan ramai. Kali ini Pencetus Ummah (PU) Syed pula menggelarkan kumpulan itu syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam di Malaysia.

Menerusi Instagram, PU Syed menulis kenyataan itu berserta dengan keratan akhbar mengenai negara Rusia yang mengharamkan konsert BTS kerana menganggap mereka seperti kaum sejenis atau gay.

Pastinya dakwaan keras PU Syed itu tidak disenangi peminat Kpop, yang terus menyerang akaun media sosial pendakwah itu. Rata-rata ramai kecewa dengan ‘dakwah’ kasar yang digunakan PU Syed terhadap kumpulan itu.

Malah menerusi ruangan komen juga, ramai yang bengang dengan gelaran yang ditulis PU Syed serta menjelaskan ‘syaitan’ yang digelarnya itulah yang banyak menyokong dan menolong umat Islam yang ditindas di negara luar.

Tidak berdiam diri, PU Syed memuat naik pula entri menyindir peminat mereka yang mula menyerang akaunnya. Beliau juga memuat naik bukti, beliau juga menegur artis-artis Malaysia dan bukanlah hanya artis Kpop.

Nampaknya hangat sungguh kontroversi kedatangan kumpulan BTS ke Malaysia. Tapi apapun tidak perlulah mensyaitakan orang, sebaiknya sebagai pendakwah tunjukkan keperibadian Islam yang indah dan aman.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.