Raja Permaisuri Agong Kini Tweet Dalam Tulisan Jawi, Seru Rakyat Buat Perkara Sama

Posted on

Seperti yang kita tahu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sifatnya yang ramah dan sering menggunakan akaun media sosialnya untuk berikteraksi dengan rakyat.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai cadangan tulisan jawi dimasukkan dalam silibus pembelajaran pelajar. Bagaimanapun cadangan itu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Perkara itu turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kini mula menulis status di Twitter menggunakan tulisan jawi.

Baginda mengumumkan perkara itu menerusi Twitter rasminya bahawa bermula 28 Disember lalu baginda akan menulis sepenuhnya dalam tulisan jawi dalam usaha memartabatkan tulisan tersebut.

“Selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa , kaum dan berlainan agama. Semoga 2020 diberkati Allah SWT dan dirahmati,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu Tweet baginda turut menyeru rakyat Malaysia untuk menggunakan tulisan jawi serta memartabatkan tulisan warisan itu.

“Tulisan jawi itu adalah warisan kita orang melayu Mari kita semua gunakan dan martabatkan tulisan jawi jadi kita semua senang baca,“ tulisnya.

Seruan baginda itu disambut baik oleh netizen yang mula membalas tweet berkenaan menggunakan tulisan Jawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.