Seorang warga Malaysia, Tengku Endut Tengku Jusoh berasal dari Besut, Terengganu dilaporkan meninggal dunia di Qatar akibat jangkitan COVID-19.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar di laman facebook beliau.
Memetik kenyataan Kedutaan Besar Malaysia Di Qatar di Facebook, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 11:05 pagi tadi (3:05 petang waktu Malaysia) di Hamad Medical Centre, Doha.
Difahamkan, Allahyarham Tengku Endut sebelum ini pernah bertugas sebagai jurutera di Malaysian Airlines System (MAS) sebelum menyertai syarikat penerbangan Qatar Airways di negara tersebut.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta memberikan ketabahan kepada ahli keluarganya.
Al-Fatihah.
Sumber: FB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Malawakil Doha