Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa polisi kuarantin akan diubah bermula pada 10 Jun.
“Bermula pada 10 Jun 2020, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin.
Bermula 10 Jun, rakyat Malaysia pulang dari luar negara tidak lagi dikuarantin wajib di pusat kuarantin - @IsmailSabri60 pic.twitter.com/pUJySOwUTN
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
“Sejurus tibanya mereka di lapangan terbang, mereka akan menjalani swab test, bagi yang positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan manakala bagi yang negatif mereka akan dibenarkan untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
Rakyat Malaysia pulang dari luar negara akan jalani swab test, jika positif #COVID-19 akan dihantar ke hospital, jika negatif kuarantin di rumah – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/1bEaUZInHB
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
“Walau bagaimanapun, mereka wajib untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. Mereka juga diwajibkan memakai gelang tangan kuarantin bagi memudahkan proses identifikasi,” katanya
Sumber:BERNAMA TV