Zaman sekarang wanita sering berlumba-lumba untuk sentiasa kelihatan cantik dimata semua orang. Kebanyakkan dari mereka impikan rupa paras yang cantik, kurus serta bergaya. Rata-ratanya menginginkan bentuk wajah yang tirus dan nampak langsing daripada memiliki rupa yang tembam.
Sebenarnya mereka mungkin lupa atau tidak mengetahui yang wanita berwajah tembam atau pipi tembam mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ia juga memberi kebaikan atau kelebihan kepada pemiliknya.
Ada kajian yang dilakukan bahawa wanita yang mempunyai pipi yang tembam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan harus dibanggakan. Ikuti keistimewaan tersebut.
1. Lebih kelihatan muda berbanding usia
Rata-rata wanita yang memiliki pipi tembam akan kelihatan seperti muka keremajaan. Biar pun umur telah mencecah 40an tetapi masih kelihatan seperti 20an.
2. Lebih comel dan kelihatan manja
Selalunya, wanita yng berpipi tembam meraka rasa kan kurang keyakinan dalam berfesyen. Sebenarnya mereka tidak mengetahui yang mereka kelihatan comel dan manja. Jadi Kalau nk berfesyen apa pun tidak kisah. Contohnya wanita yang bertudung. Bila pipi tembam mereka sudah rasa kan susah untuk mencuba gaya terbaru. Tapi sebenarnya Sesuai je
3. Lambat kelihatan tua
Wanita yang mempunyai pipi yang tembam boleh melambatkan proses penuaan. Ia disebabkan oleh pipi yang tembam penuh dengan isi jadi lambat kedutan akan muncul. Jika pipi tirus proses penuaan tu senang sangat sebab mudah nampak cengkung.
4. Lebih senang didekati
Sebenarnya ramai tidak mengetahui yang wanita yang berpipi tembam sangat mudah didekati dan friendly. Mereka sangat ramah walaupun orang yang mereka kenali itu baru sangat ketemu.
5. Pandai menyembunyikan riak wajah
Walaupun diri menghadapi masalah tapi dapat menutup setiap permasaalahan dengan riak wajah yang bersahaja. Walaupun sedih tetap menunjukkan riak muka yang comel dan manis sehinggakan orang tidak dapat menekanya.
Boleh dikatakan wanita yang berpipi tembam lebih menarik perhatian berbanding berpipi tirus. Wanita yang berpipi tembam boleh membuatkan seseorang itu nampak sedap mata memandang dan lebih manis dipandang.