Michael Ang

“Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci” – Michael Ang

Posted on

“Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci” – Michael Ang | Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai penampilan anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, iaitu Ahmad Fakhruddin Attar. Ada yang mengecam imej anaknya itu serta menghina anak pasangan tersebut seperti pengemis.

Perkara itu mendapat perhatian pelakon dan pengarah Michael Ang yang menempelak sikap netizen yang mengkritik dan memberikan komen kurang sopan terhadap anak pasangan selebriti itu.

Michael Ang

baca : Mimpi Kaabah Buka Hati Michael Ang Peluk Islam

“Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci dari segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormat orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pengarah tersebut. Michael turut meminta netizen agar menjaga adab ketika menulis di laman sosial serta berfikir terlebih dahulu sebelum melemparkan komen.

Terdahulu,  Aeril berkongsi komen-komen kurang sopan netizen yang dilemparkan terhadap fotonya menghantar anak kesekolah. Aeril mengatakan niatnya memuat naik fotonya bersama anak-anak hanya untuk gambar kenangan namun lain yang jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.