Raysha Rizrose Ada Sebab Kenapa Enggan Padam Gambar Seksi

Posted on

Pelakon Raysha Rizrose atau nama lengkapnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz tetap dengan pendiriannya tidak akan memadam gambar yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Walaupun diminta memadamkan gambar yang menampakkan bentuk dadanya itu, Raysha berkata dia mempunyai sebab tersendiri kenapa enggan membuang foto itu daripada laman Instagramnya.

“Saya tak fikir perlu padam pun gambar itu sebab ia tidak keterlaluan. Baju yang saya pakai pun tidak ketat, bukannya saya pakai tube atau berkemban untuk tunjukkan bentuk badan saya.

“Kalau ambil gambar mungkin ada sesetengah sudut akan menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya. Itu adalah di luar kawalan saya,” katanya

Pelakon berkenaan ditemui sewaktu majlis sidang media Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang diadakan di Bukit Kiara, baru-baru ini.

Aktres berusia 22 tahun itu tercalon menerusi drama Pendosa Ingin Ke Syurga yang turut dilakonkan Datuk Rosyam Nor, Sherie Merlis dan Fauziah Nawi.

Walaupun dikutuk dan dikecam netizen menerusi ruangan komen, Raysha mengambil pendekatan tidak akan membalas komentar tersebut.

Sebaliknya, Raysha berkata dia lebih menghargai mereka yang memberikan nasihat dengan cara yang lembut daripada terus-menerus menghentam seseorang individu itu.

“Saya menghargai komen-komen positif yang berbaur nasihat yang baik-baik. Sebagai artis saya tidak boleh lari kalau orang nak bercakap. Pakai jubah pun orang masih akan kecam.

“Mereka sebenarnya memalukan diri sendiri, menggunakan kata-kata keji dan hina tapi kalau tengok profil mereka banyak menyelitkan unsur-unsur agama. Tidak ke bercanggah itu?” ujar Raysha lagi.

Kredit foto: Instagram Raysha Rizrose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.