Seoramg remaja dilapor maut setelah disambar petir ketika leka bermain game atas talian di telefon bimbit bersama-sama rakan-rakanya di sebuah warung ketika hujan lebat, dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah.
Menurut laporan Tribun News, mangsa yang meninggal merupakan seorang remaja yang masih bersekolah.
BACA: Rusia Dilapor Telah Berjaya Hasilkan Vaksin COVID-19 Dikatakan Lebih 95 Peratus Berjaya
Lapor portal berita berkenaan lagi, mangsa awalnya memaklumkan kepada orang tuan yang dia mahu keluar bertemu dengan rakan-rakanya di sebuah warung berdekatan kampung mangsa.
Ketika di warung berkenaan, mereka meluangkan mangsa bermain permainan atas talian di telefon masing-masing ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut. Manakala mangsa bermain melalui telefonnya yang sedang dicaj.
Secara tiba-tiba, terdengar satu panahan petir dan menurut rakan-rakan mangsa mereka melihat mangsa terkena panahan petir dan terpelanting dari tempat duduknya.
Kemudian, rakan-rakan mangsa dan pemilik warung yang terkejut menghampiri mangsa dan mendapati remaja berkenaan tidak sedarkan diri.
Mangsa dilaporkan maut dan terdapat kesan luka terbakar pada jasadnya.
Sumber: Tribun News