Sekatan rentas negeri dan daerah yang dijalankan sebelum ini dimansuhkan dan dibenarkan di seluruh negara mulai 7 Dis ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, larangan tersebut kekal di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menurut Ismail, tiada lagi sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis, namun prosedur operasi standard (SOP) dalam kenderaan masih lagi dikuatkuasakan.
“Kita tidak lagi menghadkan jumlah penumpang. Ianya berdasarkan kapasiti tempat duduk. Kalau empat tempat duduk, empatlah (penumpangnya),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: RTM