Nasi Arab Beras Biasa

Nasi Arab Beras Biasa, Resepi Sedap Sangat.

Posted on

Resepi Nasi Arab Beras Biasa sedap sangat, “Nak masak lauk apa lagilah hari ni ye. Rasa boring pulak makan nasi biasa je. Hmmm teringin nak cuba resepi nasi arab tapi susah tak?” Sebut saja nasi arab, mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan.

Tak banyak restoran atau kedai yang buat nasi arab ni. Kadang-kadang bila teringin, tak tahu mana nak cari.

Walaupun nampak macam rumit, tapi nak membuatnya tu sebenarnya tak susah mana pun. Jadi apa kata cuba buat sendiri nasi arab di rumah saja.

Jom kita cuba resepi nasi arab simple tapi sedap oleh Puan Dila Noordin di bawah ini.

RESEPI Nasi Arab Guna Beras Biasa TAPI SEDAP

Ini adalah percubaan pertama saya dan menjadi!

Balik solat Jumaat suami terkejut tengok isterinya masak Nasi Arab. Surprise dekat anak-anak juga sebab memang favourite mereka.

Selalu kalau teringin makan di kedai je. Kali ni nekad nak cuba masak sendiri.

Bila makan, suami dan anak puji sampaikan si kecil umur setahun lebih pun makan bertambah.

Oleh itu, saya pun semangat nak share resepi ni.

RESEPI NASI ARAB MUDAH, SIMPLE & SEDAP. GUNA BERAS BIASA PUN BOLEH

Ini cara buat nasi arab step by step.

REBUSAN AYAM

Bahan-bahan

  • Ayam ½ekor potong 2
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 biji cili hijau belah 4 (td saya guna yang merah sebab lupa beli hijau)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • ½ sudu jintan manis biji
  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ sudu lada hitam biji

Cara-cara

1. Rebus

Mula-mula rebus semua bahan dalam air tengelam ayam sehingga 30 minit, garam sesudu.

resepi ayam nasi arab

2. Perap

Kemudian angkat ayam lumur dgn serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.

ayam nasi arab

PENYEDIAAN NASI

Bahan Tumisan Nasi

  • Minyak sapi / butter / minyak masak
  • 2½ pot beras basmathi yang telah di rendam ±30 minit (*kalau guna beras biasa rendam 5-7 minit saja)
  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu lada hitam

Cara-cara

1. Tumis

Untuk nasi, mula-mula kita tumis bahan sehingga naik bau.

Kemudian masukkan beras dan kacau ± 1 minit.

2. Masak Nasi Bersama Ayam

Alihkan ke rice cooker.

Nasi Arab Beras Biasa

Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali.

Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa.

(*Kalau guna beras biasa, sukatan air rebusan tu sama dengan kuantiti beras.)

Akhir sekali tabur sedikit daun ketumbar di atas ayam. Nanti baru keluar baunya yang sedap sangat.

Nasi Arab Beras Biasa

SALATAH / SALAD SAYURAN

Bahan-bahan

  • Timun di buang biji tengah
  • Tomato di potong dadu
  • Bawang besar racik halus
  • Garam dan perahan lemon

Cara-cara

Gaulkan semua sayuran yang dah dipotong bersama perahan lemon dan garam.

SAMBAL

Bahan-bahan

  • 3 batang cili besar merah
  • 3 batang cili padi merah
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Perahan lemon
  • Garam / gula

Cara-cara

Blend cili, tomato dan daun ketumbar.

Kemudian perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon.

OK SIAP!

Bila dah siap, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?

resepi Nasi Arab Beras Biasa

Nasi Arab Beras Biasa

Memang puas hati buat sendiri dekat rumah, tak payah pening kepala nak fikir masak lauk apa.

Dan tak perlu risau kalau tak ada beras basmathi, guna beras biasa pun boleh. Sedap juga dan tetap menjadi.

Mesti bertambah-tambah makan. Maklumlah sesekali buat kelainan menu di rumah kan?

Jadi, esok cuti mesti cuba tau. Mesti masing-masing makan bertambah nanti!

Like Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.