Respon ‘Win’ Dr Syeikh Muzaphar Selepas Dicabar Suhaimi Saad Angkat Sumpah Bumi Bentuk Sfera

Posted on

Masih tidak habis-habis lagi mengundang kontroversi, sebelum ini penyanyi nasyid Suhaimi Saad di dalam akaun Facebook miliknya ada membuat kenyataan mengenai saiz bulan dan matahari.

Menurut hasil kajiannya yang tersendiri mendakwa bahawa saiz matahari dan bulan adalah hampir sama, kenyataannya itu bagaimanapun menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai.

Aje giler nak ajak Syeikh Muzaphar angkat sumpah!

Lebih parah lagi, terbaru suami kepada Ina Naim yang mahu mempertahankan pendapatnya telah mencabar angkasawan negara, Dr Syeikh Muzaphar Shukor untuk angkat sumpah mengatakan bahawa bumi berbentuk sfera.

Malah jika usahawan itu sanggup untuk bersumpah, penyanyi itu rela memberhentikan kajian dan membantu untuk membetulkan semula pandangan kelompok yang mempercayai bumi rata atau ‘Flat earth’.

Umum sedia maklum, Dr Syeikh Muzaphar telah membanggakan Malaysia setelah menjadi salah seorang angkasawan dari Malaysia terpilih untuk menjalankan satu misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.

Tindakan blok haters dapat pahala sebab haters macam lembu

Malah menurutnya, dia tidak teragak untuk menyekat komen daripada netizen yang boleh mengancam kredibilitinya, sehinggakan sanggup menghina golongan yang dianggap haters dengan menyamakan dengan lembu dan menyifatkan mereka sebagai munafik.

Antara komen2..

Hahahaha harap hospital ulu kinta dapat rawat dia ni.. risau nanti dia bongkarkan dalam laut ada bandar bikini bottom 😂😂

Lu sape ha? Nk suruh org bersumpah bgai🙄Ntah2 Dr Sheikh Muzzafar mlas nk lyan engkau ni, bnyk lagi kerja lain la dia kna buat..😌

Kalau bumi rata..takkan kita tak boleh nampak amerika atau jepun bila kite nail tingkat atas kat KLCC..nape nampak melengkung jer..penang pun tak nampak arr kalau bumi ni rata..

Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar. Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud,

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.

Flat earth. Anti vaksin. Padahal kau yg ikut budaya barat teori barat ss oii. Patut la ss, syok sendiri.

Die ni tak sihat, dah melancong ke tempat lain… Parah benor, ajak die pi angkasa pastu tinggalkan die kat bulan… Org mcm ni membebankan bumi je… Biar org planet marikh ke jupiter amek…

Terdahulu Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif netzen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu.

Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Cabarr Dr Sheikh Muszaphar bersummpah.

Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Yang tak tahu elok diam aja.

Sumber: Suhaimi Saad, Mazfahmi Marzuki via oh bulan.

One thought on “Respon ‘Win’ Dr Syeikh Muzaphar Selepas Dicabar Suhaimi Saad Angkat Sumpah Bumi Bentuk Sfera

  1. As salam semua..
    Dalam dunia berlumba mencipta komedenan ada juga manusia yang masih tertinggal di dalam kepungan batu-batu piramid.Daripada terus menongkah arus meyonsang kenapa tidak berhenti seketika bermusahabah menghinakan diri dan kembali kepada Allah SWT..banyak kan lah berIstighfar.buat saudara SS kaji lah Al Quran kerana di dalam ada jawapan..
    wAllahhualam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.