Gara-gara batu meteorit jatuh menimpa rumahnya, seorang lelaki di Sumatera Utara kini menjadi jutawan segera selepas objek itu terjual kepada pakar batu angkasa, lapor Daily Mail.
Menurut Daily Mail, Josua Hutagalung, 33, yang bekerja sebagai pembuat keranda telah menerima tawaran pembelian objek itu pada harga £1.4 juta, bersamaan kira-kira RM7.60 juta oleh pakar meteorit Jared Collins yang kini tinggal di Bali.
Batu berkenaan dianggarkan berusia 4.5 billion tahun dan dikelaskan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, batu yang amat jarang ditemui. Ia boleh dijual pada berharga sekitar $1.85 juta atau $857 per gram (kira-kira RM3,514). Meteorit yang mempunyai kandungan logam dari angkasa boleh dijual pada harga mencecah $1,000 per gram.
Kongsi Josua, batu seberat 2.1 kilogram itu masih hangat dan akan terserpih ketika disentuh.
Batu itu telah menimpa rumahnya pada Ogos lalu, menyebabkan bumbung berlubang sebelum ia jatuh tertanam sedalam 15cm di sebelah rumah.
Sumber: Daily Mail