Tahun lalu hangat diperkatakan netizen mengenai bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana dan anak lelakinya, Ismail Leon. Malah, hubungannya dengan Sultan Kelantan, masih menjadi tanda tanya, namun Leon sering disebut menjadi pewaris takhta.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Rihana memaklumkan bahawa dia merancang untuk berpindah ke luar negeri untuk menetap bersama anaknya. Ada netizen bertanyakan adakah Malaysia berada dalam senarai untuk dia menetap bersama Leon.
Tampil membalas komen netizen tersebut, Oksana seolah memberi gambaran bahawa anaknya tidak selamat jika berada di Malaysia.
Kenyataan Oksana itu sekaligus menimbulkan spekulasi netizen yang mendakwa wanita itu enggan menetap di Malaysia kerana bimbang anaknya itu akan dirampas oleh pihak Istana.
Bagaimanapun, Oksana menjelaskan sebab dia merasakan Leon tidak selamat di Malaysia kerana dia bimbang dengan soal politik dan sistem monarki di negara ini.
Oktober tahun lalu, Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.
Ia selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon. Dalam pada itu, Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.
sumber : MURAI.MY