Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bertemu titik noktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis minggu lalu.
Selepas hampir seminggu bercerai, semalam Aliff Aziz dilihat memuat naik foto bersama anaknya di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Aliff meluahkan rasa rindu pada anaknya dan berharap anaknya, Ayden Adrean sentiasa mengingati dirinya.
Entri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Aliff agar tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. Malah yang berharap dia berbaik semula dengan bekas isterinya demi anak mereka yang masih kecil.
Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza juga turut meninggalkan komen meminta Aliff menjadikan apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.
Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei lalu. Menerusi perkahwinan yang dibina selama tiga tahun, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean kini berusia dua tahun.