“Risau Tengok Gambar Aaisyah, Ramai Yang Pelik Pelik”

Posted on

Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang keempat. Kali ini majlis tersebut membawakan tema Duyung atau Mermaid dan pastinya si kecil menggayakan persalinan seorang (seekor?) mermaid.

Bukan kali pertama menjadi perbualan ramai, pakaian yang dikenakan oleh anak Rozita Che Wan ini tetap mengundang komen dan reaksi yang prihatin dengan imej yang mahu ditonjolkan dalam usia semuda itu.

Ramai berpendapat tidak salah untuk menuruti keinginan anak yang mahukan majlis hari jadi bertemakan fantasi mereka namun sesetengah gambar yang dirakamkan tidak patut dijadikan tontonan umum.

Ramai juga berpesan supaya Rozita Che Wan dan ahli keluarga yang lain lebih berhati hati memuatnaik gambar Aaisyah di media sosial kerana risau mengundang aktiviti tidak sihat di kalangan mereka yang bergelar pedophile.

Harap mereka lebih maklum akan perkara ini dan tidak lagi menonjolkan imej yang terlalu berat untuk dibawa Aaisyah di masa hadapan. Kasihan anak kecil itu menjadi buah mulut ramai ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.