Berang anaknya menjadi mangsa buli, Rita Rudaini memberi amaran kepada ibu bapa di sekolah anaknya supaya lebih bertanggungjawab terjadap sikap anak mereka masing-masing agar tidak melakukan perkara tidak sepatutnya kepada orang lain.
Perkara itu didedahkan Rita menerusi Instagram dimana anaknya Airit Rayyan Rizqin, 10 didakwa menjadi mangsa buli rakan sekolahnya. Ujarnya lagi, tindakan pelajar lain melondehkan seluar anaknya sangat biadap dan kurang ajar.
“Dia ni asyik kena buli sebab dia tak melawan. Orang kata apa pun kat dia, dia tak pandai balas. Orang buat apa pun kat dia, dia tak balas.
“Mommy pun tak ajar anak-anak mommu kata kat anak orang atau buat anak orang. Tapi tunggu mommy yang akan ambil tindakan kalau ibu bapa tak reti nak ajar anak sendiri.
“Mommy tengok je lembut. Tapi jangan buat hal. Benda sikit-sikit mommy lagi tutup mata dan juat ajar anak biarkan, tapi sampai bab kena londeh seluar ni memang kurang ajar sangatlah,” katanya.
Dalam pada itu Rita berkata meskipun dia membesarkan anak seorang diri tanpa suami, tidak bermakna orang luar boleh mempermainkannya. Kata Rita lagi, anaknya menjadi trauma sehingga mahu menukar sekolah.
“Jangan main-main dengan saya. Saya bela anak-anak seorang tanpa suami tapi jangan main-main ya. Sampai dah cuti sekolah tapi masih tiada apa-apa, sampai Ryan mintak tukaq sekolah,” tulisnya.