Rumah hangus, tujuh kucing rentung

Posted on

Hulu Terengganu: Luluh hati warga emas apabila kediamannya di Kampung Bukit Diman, Ajil, Kuala Berang, di sini hangus terbakar yang dipercayai berpunca daripada panahan petir, hari ini.

Lebih menyedihkan Timah@Faridah Musa, 69, apabila tujuh kucing peliharaannya turut rentung dalam kebakaran pada 2.30 petang tadi.

Wanita itu yang tinggal bersama anaknya, Zahirah Mat Tazan, 27, tiada di rumah ketika kejadian kerana melawat saudara di Kampung Menerong, Ajil, manakala Zahirah bekerja di bandar Kuala Berang.

“Saya bergegas pulang sejurus menerima panggilan telefon daripada jiran yang memaklumkan rumah saya terbakar dipercayai disambar petir,” katanya yang menangis melihat rumahnya menyembah bumi.

Difahamkan, kejadian berlaku kurang dua jam selepas Timah keluar rumah.

Video Lanjut: tujuh kucing rentung

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, sebelum kejadian, kawasan itu dilanda hujan lebat disertai guruh dan petir.

“Kita menerima panggilan kejadian itu pada 2.44 petang dan 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman turut dibantu tujuh anggota daripada BBP Wakaf Tapai,” katanya yang memberitahu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.