Rupanya Ini Sebab Kenapa Wakil Malaysia Yaashwin Sarawanan Berjaya Lepas Ke Peringkat Akhir Asia Got Talent

Posted on

Siapa yang menonton rancangan ujibakat Asia’s Got Talent pasti mengetahui bahawa salah seorang peserta yang mewakili Malaysia iaitu Yaashwin Sarawanan dari Kuala Lumpur telah dipilih ke pentas akhir pertandingan tersebut!

Yaashwin yang lebih dikenali sebagai ‘Manusia Kalkulator’ ini sekali lagi berjaya mengagumkan para juri dan para penonton sama ada di auditorium mahupun di rumah dengan kemahirannya melakukan kiraan matematik secara congak tanpa bantuan kalkulator!

Dalam persembahan di pentas suku akhir, Yaashwin berjaya memukau ketiga-tiga juri iaitu David Foster, Anggun dan juga Jay Park dengan membuat kiraan pantas sekali gus mengalahkan keupayaan kalkulator!

Dengan menggunakan pendekatan berbeza, Yaashwin, 15 tahun telah menggunakan khidmat kedua-dua hos rancangan berkenaan iaitu Alan dan juga Justin. Remaja ini telah mempamerkan beberapa kebolehannya yang menakjubkan itu dengan membuat pengiraan operasi tambah dan diikuti dengan operasi darab secara congak.

KERANA CARA INI DIA BERJAYA MELANGKAH MASUK KE PERINGKAT AKHIR AGT

Persembahan ini ternyata menjadi lebih menarik apabila Yaashwin berjaya menyelesaikan soalan matematik sambil ‘bertanding’ dengan kalkulator dalam tempoh 30 saat. Lebih mengejutkan lagi, kiraan Yaashwin bukan sahaja tepat tetapi jauh lebih pantas berbanding kemampuan sebuah mesin kira-kira

Setelah berakhirnya persembahan Yaashwin, salah seorang juri iaitu Jay Park telah memberi komen yang menyatakan bahawa dia sangat teruja melihat kebolehan Yaashwin meskipun dia bukanlah seorang yang meminati bidang matematik.

VIDEO PENUH

Kini, Yaashwin telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat akhir pertandingan Asia’s Got Talent yang akan berlangsung pada 4 April ini di Marina Bay Sands, Singapura. Jika berjaya, Yaashwin berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM408,300!

Sumber: SAYS, Asia’s Got Talent/Youtube via ERA BARU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.