Rupanya Makan Petai Boleh Bantu Anda Berhenti Merokok

Posted on

Petai antara buah yang sering dijadikan ulam-ulaman. Namun, disebabkan petai antara tumbuhan yang berbau, jadi ramai lah yang tak makan petai ni dengan alasan bau busuk.

Tak sangka banyak rupanya khasiat petai ni!

Bagaimanapun, petai ni ada khasiat tersendiri. Sebab tu lah orang kampung suka sangat makan petai.

Ayuh, kitorang bongkar apa kebaikan petai selain daripada rasanya yang sedap

1. Kurangkan Stress

Petai mengandungi sejenis amino acid yang dikenali sebagai tryptophan. Kandungan ini sebenarnya berfungsi sebagai mengimbangi mood korang. Jadi, kalau korang stress cubalah makan petai.

2. Menghalang serangan strok

Benda ni bukan main sebut je tau. Selepas penelitian dibuat oleh The New England Journal of Medicine, para pengkaji mendapati amalan makan petai boleh mengurangkan risiko serangan strok. Jadi, amal lah makan petai awal-awal.

3. Membantu korang berhenti merokok

Mesti korang tak percaya kan? Ya, petai ni mengandungi vitamin B6, vitamin B12, kalium dan magnesium. Kandungan-kandungan ni boleh membantu mengurangkan nafsu korang untuk merokok.

4. Membantu membaiki sistem penghadaman

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai).

Haaa banyakan khasiat petai ni. Bagaimanapun, korang tak boleh lah makan petai terlalu banyak. Sebab kalau ambil terlalu banyak pun boleh mendatangkan kemudaratan.

Sumber: Maskulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.