Baru-baru ini Mufti Wilayah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan hasrat mahu bertemu Safiey Ilias gara-gara gambarnya berbikini diatas bot. Bagaimanapun Safiey menolak pertemuan terbabit kerana sudah serik katanya.
Menurut Safiey pengalaman bertemu pendakwah bebas, Ebit Lew suatu ketika dulu membuatnya serik untuk bertemu para pendakwah lagi kerana bimbang masyarakat terlalu berharap dirinya akan berubah dalam sekelip mata.
Tambah Safiey lagi, beliau juga sudah tidak tahan dengan pelbagai kecaman negatif dari netizen setiap kali beliau bertemu dengan para pendakwah dan tidak mahu perkara itu terjadi sekali lagi.
“Lepas itu benda lain lagi orang akan cakap, marketing lah tu nk keluar lagu baru, produk baru. Atau lagi satu penunggang agama. Lepas tu lagi satu, bodoh la dia ni memang hati hitam dah jumpa mufti masih tak berubah”
“Salah ke nak pegi belajar ilmu agama tambah ilmu. Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah tiga hari,” tulisnya
Terdahulu dalam surat terbuka itu, Zulkifli turut meminta untuk bertemu Safiey secara santai sambil berkongsi permasalahan dan luahan rasa yang dihadapinya dalam mengekalkan ‘imej lelaki’ sebelum ini.
sumber : rotikaya