“Sampai Tarik Rambut, Tarik Telinga Sampai Berdarah…” – Abby Abadi Berang Perangai Ustazah Warden Naik ‘Hantu’

Posted on

Memuat naik sebuah peristiwa yang diceritakan kepadanya, Abby Abadi meluahkan rasa tidak puas hati kepada individu yang bergelar ustazah apabila bertindak kasar terhadap anak muridnya.

“Semalam punya cerita. Hari ni baru sempat nak cerita.

“Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tp sblm tu jumpa dulu Ustazah yg jaga di asramanya. Alhamdullillah yg baik2 saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik.

“Perangaipun baik hehe.. semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye

“Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jln cerita bg menutup aib🙊).

“Kami tak balik terus, sementara suami gi solat jumaat, kami singgah makan. Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz).

“Baru2 ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sbb katanya ustazah tu tak puas hati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah. Walhal anak saudaranya dah bgtau, dia istihadah.

“Kalau duduk asrama, siapa istihadah buleh solat sendiri (tau tak istihadah ni apa? Period lebih 15hari). Ustazah warden tu sungguh2 tak percaya + x puas hati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdarah. Menangis teresak2 budak tu & dipujuk oleh kawan2nya yg ketakutan tengok ustazah warden yg mcm naik antu tu.”

Kecewa dengan sikap pendidik yang tidak mahu mendengar penjelasan terlebih dahulu, ujar Abby, mengapa perlu menggunakan kekerasan.

“Isunya disini, budak tu dah bgtau dia istihadah, kenapa perlu buat anak org sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdarah?

“Awak ustazah kot! Budak tu dlm proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu mcm kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sgt sampai mcm tu?

“Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba2 ustazah tu kasar2 dgn dia, mati budak tu mcmana? Tak pasal2 je kena tangkap nanti. Beringat sikit.”

Selepas diminta penjelasan oleh kedua ibu bapa pelajar tersebut, guru wanita itu mendakwa dia difitnah.

“Dipendekkan cerita, sy dimaklumkan mlm tadi mak pak budak tu dah cal sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. buleh ustazah tu jawab.. dia difitnah…

“Aduhai Ustazah warden, ramai budak2 lain kat situ. Masa awk gegar pintu bilik air tu pun dlm bilik air tupun bkn budak tu sorg. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bgtahu je Sy gangster kg pisangkan senang?

“So kawan2 yg ada disini, nk tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni ( konon utk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pd pengurusan?”

Rata-rata netizen menasihati agar memanjangkan insiden kepada pihak pengurusan supaya hal ini dapat diselesaikan dengan adil.

Komen netizen

fatihatulsheelasamsudin
Kene panjangkan cerita nie ke pihak pengurusan..ye betul di asrama ustazah warden adah emak..when this gurl bgtaw yg dye istihadah..periksa dulu..pi tny parents dye..jgn buat sesuka hati je..mendidik pn

cikdiana96_
Saya rasa report je kpd pihak pengurusan tahfiz tu. Dia berani buat sekali, mungkin akan berulang kali kedua dan seterusnya. Mungkin bukan pada orang yang sama tapi orang lain. Bukan nak bersangka buruk, tapi saya rasa ini sebagai langkah berjaga jaga. Jangan diamkan.

sinamagrifahjahitpukal
Sebaiknya ibubapa berlapang dada bila guru mendidik anak. Pasti ada sebab warden bertindak begitu. Sahih ke dia istiadah. Jgn sampai anak kita tak dapat keberkatan ilmu bila kita sebagai parent tidak menghormati guru. Lebihkan taalim dirumah..insyaAllah kita faham pentingnya menghormati guru. Kata2 agama bukan setakat syer jer amalkan.

tuntejalife
@abby_abadi112 sebenar nya byk kes mcm ni .. mcm2 kes pon ada .. utk kami yg kemampuan kurang ni bin senang nak tukar2 madrasah anak. Setiap kali tukar mesti kena byr pendaftaran. Ada mudir yg boleh terima teguran ada jugak yg mengabaikan teguran parents ni. Kalau cute lebih2 nnt disuruh berhenti.
Begitulah antara kisah dikebanyakkan madrasah murah dan biasa2. Walau tak semua tp yg tak semua tu byk .

ainasarrahabdrahman
Panjangkan kepada pengurusan kak @abby_abadi112

iamsarraluv
Panjangkan. X kisahlah panjangkan ke pihak pengurusan je ke.. Or pihak apa pun.. Janji panjangkan. Coz this is bullshit (ckp omputih). Tak kira lah ustazah ke.. Cikgu biasa ke.. Dah kenapa nak tarik2 rambut telinga berdarah bagai? Gila kot. Sewel. Tu yg pasti. Coz it doesnt make sense AT ALL.

ninieazizamc
😢😢 kesian. Kan @abby_abadi112 terkadang bila para ustazah buat mcm tu kita sedih terlebih sikit dr yg bukan pegang title ustazah. Hhmm..moga dia diberikan petunjuk yg baik.

halijahabdhamid
Sy cadangkn perlu diambil tindakn..sebab ini.klu dibiarkn akn rmai lgi ank yg jdi mangsa.ustazah klu nk mendidikn org kejln yg benar biarlh dgn cra yg lembut..sedngkn nabi pun berdakwah dgn cra kasih syng.bukn dgn kekerasan…klu mcm ni.ank² akn fikir negeatif masuk tahfiz..n fobia.bgi ank².yg lain..demi islam teruskn perjuangan..akk kesian ank akk..tukarkn tahfiz lain.yg lebih baik…demi utk emosi ank puan.

Foto – Instagram Abby Abadi

Sumber: mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.