Saya Akan Terus Kerja Keras Untuk Betulkan Negara – Tun M

Posted on

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar rakyat sayangkan negara serta perlu menolak sekeras-kerasnya pemimpin yang bersifat kleptokrat.
Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, selagi beliau diberikan umur yang panjang, beliau akan terus-menerus cuba betulkan negara.

“Saya lakukan ini bukan kerana duit tetapi kerana sayangkan negara. Ini negara kita, membesar di sini, berkahwin di sini dan dapat anak juga di sini.

“Tak sayangkah kita pada negara sendiri? Sebab itu kita ingin lihat negara kita ditadbir orang yang bukan pencuri tetapi orang yang baik seperti (bekas-bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah utama bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland di Dataran Sungai Koyan 1 dekat sini semalam.


google images

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mempertahankan keputusan beliau untuk tidak membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara.

Jelas beliau, Malaysia tidak akan mengiktiraf atau tunduk kepada penyangak, sama seperti rakyat Malaysia pada 9 Mei lalu yang menolak pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Masa Najib dulu, orang Israel nak hantar wakil, dia terima. Tapi kita tak benarkan orang Israel ambil bahagian dalam acara renang di sini.

“Tak pernah dalam dunia kita boleh buat bangunan di negara orang lain dan terus duduk di situ,” katanya.

Pada Februari tahun lalu, Malaysia sebagai tuan rumah World Urban Forum (WUF) di ibu kota menerima enam orang delegasi dari Israel dimana Najib dikutuk Pakatan Harapan yang ketika itu merupakan pembangkang – Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.