Tidak semua orang dapat merasai kehidupan yang senang. Ada juga yang terpaksa hidup dalam kemiskinan disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak sekolah, sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi termasuklah membayar yuran persekolahan anak.
Baru-baru ini, seorang guru berkongsi kisah seorang wanita yang meminta pengecualian agar dapat membayar yuran sekolah anaknya secara beransur-ansur memandangkan dia tidak mempunyai wang mencukupi.
Menurut guru berkenaan, wanita itu terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak berikutan enam lagi anaknya yang turut bersekolah.
Kejadian tersebut telah membuka matanya untuk melihat lebih jauh bahawa di luar sana masih terdapat ramai orang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kita semua.