“Saya Bukan Artis Tin Kosong” – Wany Hasrita

Posted on

Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH31, kemenangan Wany Hasritaternyata mengejutkan orang ramai dan rata-rata mempersoal faktor kemenangannya. Wany memberitahu, beliau sendiri tidak menjangkakan kemenangan besar tersebut dan menganggap setiap kritikan yang dilemparkan adalah penguat semangat untuk membuktikan dirinya artis berbakat.

“Mereka Belum Lihat Kelebihan Pada Diri Saya”

“Jujurnya, saya tidak menyalahkan netizen yang mempertikaikan kemenangan saya. Mungkin mereka belum melihat kelebihan yang ada pada diri saya, sebaliknya hanya bersandarkan pada sebuah lagu popular, Menahan Rindu.

“Bagaimanapun, siapa saya mahu menolak pilihan peminat? Saya tidak minta diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 secepat ini. Harapan saya masih jauh lagi untuk menggapai pengiktirafan tertinggi ini, tetapi itulah kuasa undian dan pilihan peminat. Layak atau tidak layak, biarlah masa yang menentukannya.

“Saya tidak mahu terus hidup dalam gangguan emosi. Pengiktirafan yang saya terima dianggap satu cabaran besar untuk membuktikan saya bukannya ‘tin kosong’,” katanya kepada BH Online.

Wany juga mengakui pernah terfikir adakah benar suaranya tidak sedap didengar atau sumbang. Namun, baginya setiap individu mempunyai cita rasa masing-masing dan tidak mungkin dia dapat memenuhi keinginan setiap pendengar.

“Mungkin ada yang tidak suka suara saya menyanyi lagu mendayu dan dilihat kekampungan. Bagaimanapun, saya percaya setiap pendengar mempunyai cita rasa mereka tersendiri. Saya pula tidak mampu memenuhi keinginan semua orang.

“Jadi, tiada guna saya hidup dalam tekanan. Saya mahu terus melangkah tanpa menoleh cemuhan yang mematahkan semangat dan meranapkan jiwa saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.