“Saya Cadang Bubarkan DUN Melaka Bagi Membolehkan Piliharaya Negeri Diadakan” – Ketua Menteri Melaka

Posted on

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan di akaun Facebook rasminya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob pada hari Isnin, 2 Mac 2020 jam 4.30 petang dengan mengambil kira keadaan politik di negeri Melaka kini.

“Dengan mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik Negeri Melaka yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat, saya dengan merujuk kepada peruntukan di bawah perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi seperti berikut: 

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Maka, saya telah mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama Tun untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan”, tulis kenyataan itu.

Beliau juga turut menasihatkan kepada semua rakyat Melaka untuk kekal bertenang bagi menjaga keamanan dan keselamatan negeri.

“Untuk itu saya mengharapkan semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat,” katanya.

Sumber: Adly Zahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.