“Saya Rasa Kalau Buka Tudung Boleh Terus Masuk Neraka” – Rozita Che Wan

Posted on

Sejak kebelakangan banyak cerita yang tidak sedap di dengar dan seperti sudah menjadi satu trend apabila satu demi satu selebriti membuat keputusan untuk membuka tudung meskipun sudah bertahun berhijab.

Sudah berhijab hampir empat tahun, pelakon cantik Rozita Che Wan tidak akan sesekali membuka tudung kerana membayangkan dirinya bakal menjadi penghuni neraka jika melakukan perkara sedemikian.

Tegasnya lagi, kenyataannya itu adalah untuk peringatan diri sendiri dan bukan ditujukan kepada mana-mana artis yang membuat keputusan untuk membuka tudung.

“Saya rasa kalau buka tudung boleh terus masuk neraka. Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain

“Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah. Kita doa yang terbaik untuk dia,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata mereka yang berhijab perlu kekal istiqamah serta mendampingi dengan mereka yang membawa aura positif kerana rakan-rakan dan persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting.

“Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat.

“Jika nak like gambar orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung,” katanya

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.