“Saya Sebenarnya Mengandung Anak Kembar Tapi…”

Posted on

Tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini, baru-baru ini Lisa Surihani menceritakan detik mengalami keguguran sewaktu kandungan pertama.

Perkara itu dikongsikan oleh Lisa menerusi satu program yang membincangkan topik mengenai “Punca dan Tips Tangani Keguguran”.

Berkongsikan pengalamannya sendiri, Lisa memberitahu kandungan pertamanya sebenarnya anak kembar namun salah satunya telah keguguran.

“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri… Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar.

“Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada ‘heart beat’. Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku?

“Sebab saya tanya, what does it mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa.

Diruangan komen, ada beberap netizen turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan keguguran.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Yahaira Leanne,4 dan Yusof Leonne, 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.