Apa saja lagu nyanyian Ayda Jebat pasti akan hit di YouTube meskipun lagunya itu jarang di mainkan di radio. Dalam tempoh enam bulan, lagu terbarunya Temberangkini mencatat sebanyak 21 juta tontonan.
Timbul dakwaan pihak tertentu mendakwa dia membeli penonton di platform digital, Ayda Jebat menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
“Bukan cara saya menipu diri sendiri dengan membeli penonton untuk menaikkan jumlah tontonan muzik video lagu di YouTube.
“Saya tidak pernah beli penonton. Terus-terang, saya sendiri pun tak pasti di mana kekurangan dan kelemahan karya lagu ini. Cuma, jadual saya juga terlalu sibuk.
“Apapun, tidak dinafikan ada di antara lagu dinyanyikan ini tidak mesra radio tetapi jumlah tontonan muzik video di YouTube sangat tinggi,” katanya kepada Harian Metro.
Tegasnya lagi, dia tidak pernah membeli penonton mahupun pengikut. Kata Ayda lagi, itu adalah rezekinya dan bersyukur lagunya masih mendapat perhatian di platform digital.
“Alhamdulillah, rezeki buat saya. Namun, saya tegaskan tidak pernah terbabit dengan aktiviti membeli penonton. Untuk beli penonton, pengikut atau ‘liker’, itu bukan cara saya,” katanya.