“Saya Tak Biasa, Ingat Tomboi Ke Nak Pakai Sport Shoes?” – Rozita Che Wan

Posted on

Pelakon Rozita Che Wan antara selebriti yang suka bergaya dan penampilannya sememangnya ada kelas. Che Ta juga sangat sinonim sebagai seorang yang gemar memakai bulu mata palsu dan boleh dikatakan ia merupakan ‘trademark’ pelakon jelita itu.

Kemunculan Che Ta pada perlawanan peringkat akhir pertama Piala AFF Suzuki baru-baru ini ternyata menjadi perhatian ramai dan tidak kurang juga ada yang mengkritik penampilannya itu kerana dilihat terlalu berlebih-lebihan serta tidak sesuai dengan acara yang dihadiri olehnya.

Tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Che Ta memberitahu tiada salahnya untuk dia berpakaian sebegitu asalkan dirinya berasa selesa.

“Apa masalahnya kalau pakai boot untuk tengok bola. Saya yang pakai kenapa anda yang nak komen berpeluh atau tidak. Setitik peluh pun tak pernah keluar macam mana mereka tahu saya berpeluh.

“Lagipun saya dapat tiket VIP, tak perlulah nak beratur panjang sebelum masuk stadium,” katanya kepada mStar Online.

Kata Che Ta lagi, penampilannya itu dilihat biasa-biasa saja dan itulah pakaian yang sering digayakan olehnya. Ujarnya lagi, walaupun berkasut tumit tinggi, dia tetap boleh berjalan seperti biasa dan memberitahu dia tidak biasa memakai kasut sukan.

“Itu saya rasa penampilan paling biasa. Saya tak biasa pakai sport shoes… ingat tomboi ke nak pakai sport shoes?” katanya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.