“Saya Tak Jual Tubuh Untuk Tarik Penonton Ke Pawagam”

Posted on

Tampil tidak berbaju dalam salah satu babak filem lakonannya yang bakal ditayangkan November ini, Hairul Azreen menafikan dakwaan sengaja ‘menjual’ tubuh badannya yang sasa untuk melariskan filem tersebut.

Menurut Hairul, babak dia menayang tubuhnya itu adalah demi memenuhi tuntutan watak semata-mata serta atas permintaan pengarah filem itu sendiri dan tiada niat lain.

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam. Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini.

“Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun mengalami kecederaan ketika penggambaran, Hairul memberitahu dia tidak pernah serik. Hairul turut meluahkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan pengarah lagak ngeri terkenal Indonesia yang pernah membintangi filem John Wick, Yayan Ruhian.

“Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem hollywood itu. Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi. Malah, dia sangat merendah diri meski sangat terkenal,” katanya.

Rasanya tak salah jika tayang badan untuk filem aksi, jika ada yang kurang senang mungkin kerana mereka iri hati dengan tubuh sasa Hairul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.